Menyimpan paparan skrin komputer

Menyimpan paparan skrin

SEMUA paparan yang muncul di skrin komputer sebenarnya boleh disimpan untuk rujukan pada masa depan. Ini penting apabila melakukan transaksi menggunakan internet seperti perbankan internet.


Dengan kemudahan penyimpanan imej yang dipaparkan, imej transaksi boleh disimpan tanpa perlu mencetak imej transaksi setiap kali transaksi dilakukan.

Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara terangan.

Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang ‘Prt Scr Sys Rq’ boleh digunakan.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dihasilkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi.

Jika anda hendak merakamkan hanya Kotak Dialog tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang “Prt Sc Sys Rq”.

Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan.

Teknik yang sama juga boleh digunakan untuk menghasilkan buku rujukan atau manual penggunaan perisian.

 

Selain itu kita boleh print atau screenshotkan benda yang kita rasa lucu.hihihi…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Leave a Comment

(required)
(will not be published) (required)