
Kereta Mitsubishi Lancer tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia sudah terkenal di mata dunia tidak kira Asia,Benua Eropah, dan sebagainya.Reputasi cemerlang Mitsubishi Lancer dalam saingan Rally dunia sejak beberapa dekad lalu menjadikan kereta ini cukup disegani lawan.Ia juga dinobatkan juara dalam sukan rali dunia pada 1973.Oleh kerana tiada duit untuk membelinya, peminat kereta Lancer rela mengubah suai Proton Wira yang acuannya diambil dari reka bentuk Lancer menjadi ‘EVO jadian’.Selepas evolusi Lancer dengan perubahan DNA secara berperingkat, jurutera Mitsubishi Motors Jepun tidak pernah kekeringan idea untuk terus membangunkannya.Mereka tidak pernah kering idea dengan kreativiti mereka berbanding dengan Kereta Jenama Malaysia yang suka meniru barangan jepun dan sudah kering idea ingin mereka kereta yang lebih baik.Penampilan luaran kereta ini yang meminjam reka bentuk muncung jet pejuang ini begitu menyerlah, malah menjadikan Lancer cukup garang di jalan raya.Rekaan lampu depan dan belakang bergaya serta garis tubuhnya mengiurkan mengubah wajah Lancer yang sebelum ini dipertingkatkan secara kosmetik.Secara keseluruhannya kereta ini bergaya dan mantap di mata orang yang melihatnya.Ia mampu menyaingi model lain di pasaran.Sebagai pilihan model ini hadir dengan pilihan empat warna menarik iaitu Cool Silver Metallic, Medium Purpish Gray Mica, Red Metallic dan Black Mica.
Dibawah adalah sedikit spec Lancer 2.0 GT ini.
Model: Mitsubishi Lancer 2.0 GT
Enjin: 2.0 DOCH Mivec16 Valve
Kuasa: 1,998 cc
Kelajuan maksimum: 200 km/j
Kuasa maksimum: 114 kW(155PS)/6,000 rpm
Tork maksimum: 199 N-m(20.3kg-m)/4,250rpm
Transmisi: INVECS-III CVT dengan Sports Mode
Harga: RM112,806.10 (tidak termasuk insurans)
PS:Kalau takde duit jadi mat rempit aje la ye.







aku pun ade niat nak beli kete evo tapi masa dan duit tak mengizinkan lagi.oleh tu aku terpaksa la kuburkan niat aku utk membeli.nama 2.0 tu macam takde idea lain je nak letak.versi 2.0 ke?
Amboi Ramlan. Aku kirim kat ko EVO sebijik. Kui3. SFX/ Manaz/ Skeniox (apa aku nak panggil ko eh?) - beli Persona la. Tak beli nanti Proton perkosa kang. Haha.
Affuan :Panggil SFX je lah.kekeke…aku dengar kata belakang persona ada macam GEN 2…betoi ka?hahahahaha…
Ramlan: Sila beli sebelum terlambat ye…
Aku Tetap Setia Ngan Audi TT. Huhuhu.. Mantap.
aku ado doh. ni evo10 ( evo x ). lamo doh aku ado. tapi gambar jah la. Wakakakaka. Sfx mano maxic RM 10?
Sfx kalu ado datin2 yang muda2 perlukan khidmat gigolo. oyak ko aku des. hok tuo boko dopsoh la. wak mapuh baram jah.
wah… bile laa aku dpt angkat keta ni? huhuhu….
aku nak beli satu keta nih bila dapat bonus.jangan dengki
AkuGigolo A.k.a Paul_Smith :Mu ingat aku cop prepaid/bapok ayam ko..wakakakaka
Palie :takkan dapat angkat kot sebab ko bukan superman…hehehehehe
Apekcc :tak dengki sebab kat umah aku dah ada 2 ketul….kwakwkakwakwa…
Qai :kereta mainan audy ke?kekekekeke